Rabu, 3 Ogos 2011

Rahsia

kehidupan sangat luas, kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. kita menyokong dan membantunya.

Namun, kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi kita tidak tahu setiap perkara disebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah yang maha tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para Nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam Al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan neraka oleh Allah dan Rasulnya seperti iblis, syaitan, firaun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan Rasulnya tidak khabarkan kedudukannya kita tidak tahu, kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal, kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus, Urusan setiap insan dengan tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahui, mungkin dia telah dikifarah didunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula yang menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya, hanya Allah yang mengetahui dibalik tabir kehidupan............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan