Selasa, 19 Julai 2011

MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNAH RASULULLAH

SUNAH KETIKA MINUM

- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
- Bacalah "Bismillah"
- Minum dengan tiga nafas
- Minum dalam keadaan duduk
- Jangan bernafas kedalam air, setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah Alhamdulillah
- Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
- Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang islam adalah ubat untuk penyakit
- Jangan terus minum selepas dari melakukan jima' ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

SUNAH PAKAIAN (LELAKI): RASULULLAH S.A.W LEBIH MENYUKAI KURTA DARI SEGALA MACAM PAKAIAN

Saiyidatina Ummu Sakamah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w lebih menyukai kurta (sprt gmbr diatas)  dari segala macam pakaian,.

Para ulama mengaitkan kesukaan terhadap kurta kerana memiliki sifat-sifat seperti berikut:-

1-Kurta dapat menutupi seluruh tubuh dibanding dengan jenis pakaian lain seperti kain panjang dan lungi (kain sarung) dan sebagainya.

2-harganya tidak mahal dan ringan, kemudian tidak menyusahkan pemakai.

3-Sifat Tawadu' merupakan ciri khasnya.


SUNAH SEBELUM TIDUR: MEMBACA SURAH AL-IKHLAS,AL- FALAK DAN AN-NAS


Daripada Aisyah R.A , katanya Nabi S.A.W apabila ketempat hamparan tidurnya setiap malam baginda manadah kedua tangan kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah Al- Ikhlas ,Al-Falak, dan An-Nas, kemudian baginda menyapu kebahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, Baginda memulakan dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai, Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.. -Riwayat Bukhari-

Sunah berzikir: Rasulallah menyebut nama Allah sepanjang masa

Hazrat mu'az bin jabal meriwayatkan bahawa Rasulallah S.A.W bersabda: "Tidak ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab kubur daripada ZikruAllah" -riwayat imam ahmad

Hazrat uthman berkata: kubur adalah persinggahan pertama dalam perjalanan menuju akhirat, sesiapa yang selamat di persinggahan ini maka persinggahan yang seterusnya  akan dipermudahkan baginya. sebaliknya, sesiapa yang tidak terselamat disini maka kesulitannya akan terus bertambah di persinggahan yang berikutnya.

Jumaat, 15 Julai 2011

YA ALLAH......

Ya Allah.....
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati2 ini bertemu dalam kecintaannya kepadaMu, bersatu dengan seruanMu, dan berjanji untuk menolong syariatMu, Maka...... Teguhkanlah ikatannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukanlah jalannya, penuhilah dia dengan cahayaMu yang tidak akan malap, lapangkanlah dadanya dengan limpahan cahaya iman dan sepenuh penyerahan kepadaMu, hidupkanlah dia dengan makrifatMu, dan matikanlah dalam syahid pada jalanMu, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong  , perkenankanlah permintaan ini ...Amin.................

Rabu, 13 Julai 2011

Teka teki.. cer jawab.....

Disini ada satu teka teki...... siapa leh jawab.....
Teka teki nya berbunyi begini.....

Satu hari...seorang lelaki cina telah terlanggar kereta seorang banggali...,
Dan banggali tersebut telah membuat laporan dibalai polis berdekatan...,
Setelah beberapa soalan diajukan... anggota  polis tersebut telah menanyakan soalan seperti berikut....

POLIS: Boleh saya tahu no kenderaan encik??
BANGGALI:Satu tiga mari, lapan tarak cukup, tiga tarak ampat pun tarak...

Berapakah no pendaftaran kereta tersebut...???? cer jawab.... cer jawab...... hahaha
Hadiah menarik menanti anda........

Dugaan Dari Yang Maha Esa

Dugaan adalah lumrah kehidupan, Manusia selalu mendapat ujian dari yang Maha Esa, kita kadang2 tak dapat terima kenyataan yang sesuatu yg kita tak kehendaki berlaku dalam kehidupan kita, bila kita mendapat dugaan dalam hidup kita, Kita akan rasa jiwa kita kosong, sedih, pilu, tak bersemangat dan berputus asa. Kita manusia pasti ada perasaan itu, dan kadang kala ia mambuatkan kita x mampu bangun lagi, Tanpa ada org memberi semangat kpd kita, kita pasti tak dpt teruskan hidup, Disini ada satu ayat yg membuatkan saya bangun kembali, "Allah tidak akan menguji hambanya, jika hambanya tak mampu", Dengan ayat tu juga membuat saya terfikir, mungkin Allah murka sebab kita ada buat salah pada seseorang atau melakukan perkara2 yang Allah tak suka,.

Tapi.. bila difikirkan balik mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kajadian itu yang kita tak tahu, Bak kata pepatah..'Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu' Allah jua yang Maha Mengetahui,..... Aku adalah manusia yang mudah berputus asa... dugaan demi dugaan yang aku tempuhi walaupun aku terpaksa, Aku hampir berputus asa,.... Mujurlah Allah menjodohkan aku dengan seorang insan yang amat memahami, sabar, panyayang, ambil berat, dan sanggup bersamaku walaupun didalam keadaan susah ataupun senang, dialah yang banyak memberi galakan dan semangat kpdku utk terus menempuhi ujian dari yang Maha Esa ini........... Dan selagi aku hidup aku bertekad utk memberikan kehidupan, didikan dan kasih sayang yang sempurna kepada isteri dan juga anak2 ku yang tersayang, InsyaAllah ... selagi nyawa dikandung badan aku akan terus memikul tanggungjawab dan dugaan yang Allah berikan ini... Selagi kita ingat kepada yang Maha Esa.. selagi itulah Dia akan mengingati kita.. kembalilah kepadaNya.. dan insyaAllah dia akan menunjukkan jalan yg benar dan lurus kepada kita......

Isnin, 11 Julai 2011

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!!!!!

Sayu jer...

Aku mengeliat sepuas-puasnya, nasib baik xde org yg nampak cara aku mengeliat...
Mahu jatuh saham aku...huhuhu..

Tiba-tiba aku teringat kisah semalam..air mata terus berlinang..,
Terasa amat sayu dan sedih, salah ker kalau aku nak pakai tudung...?
Naper daddy x benarkan.? Buat pengetahuan korang..
Bapak aku ni jenis yg sibuk giler..
Bisnesman yg sentiasa sibuk, Mak aku dah xde, meninggal dunia dah lama dah, sedih sangat-sangat....

Dari jendela kelihatan cahaya matahari mula menjerluskan diri ke celah-celah langsir tingkap.. jam dah pukul 11.00 pagi... perut pon dah mula berkeroncong.....Aku bangun capai tuala dan terus mandi...

Lepas mandi aku belek-belek tubuhku pada cermin, Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung, AKU NEKAD!!, aku akan protes habis-habisan kalau bapak aku x bg jugak aku pakai tudung, Aku sangup lari dari rumah, Demi kebaikan yg aku pilih, lantaklah dgn ahli keluarga aku yg lain, Semuanya xnak pakai tudung!, tp aku nak!!!!

Aku turun ke bawah, br jer aku nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj, Aku jenguk melalui tingkap, dan nampak bapak aku blk, Aikk.. apahal bapak blk awal nie!!!!!

Dalam masa yg sama aku rasa inilah masa yg terbaik utk desak bapak aku benarkan aku pakai tudung,... Now Or Never.....

Bila bapak aku bukak jer pintu, aku bersalam dgnnya dan tanpa melengahkan masa aku kata" Daddy..,cheq nak pakai tudung, cheq nak pakai tudung jugak!!"

Bapak aku terus jegil besar matanya.., macam nak terkeluar matanya,.. mata merah macam ada api didalam bola matanya,....tetiba....... Paanngggggggggggggggggggggg....bapa aku hayun penampar ke muka aku,! terperosok aku di celah set sofa,....

"Addooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, sampai hati daddy! cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung, salah ka cheq nak tutup Aurat cheq???? kalau adik ngan abg xnak lantak pi kat depa la...."

Pannggggggggggggggggggg ..daddy labuhkan pelempang dia sekali lagi ke muka aku sebelum aku habis ckp,....

"Hang jgn nak bg aku malu naaa..! hang jgn nak buat pasai..! hang nak pakai tudung wat pa..!!?
Dah 100 kali aku habaq kat hang...,LELAKI X PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI X PAYAH PAKAI TUDUNG,!!! Tu la bla time kelas agama hang ponteng, Nama hang aku buboh "SAMSUL" tup tup lekat jadi "MAS" pulak, Memangla dlm rumah ni semuanya x bertudung, sebab adik hang tu lelaki.., abg hang pon lelaki jugak...,

Aku yg tersepok celah sofa, terus menangis terkedu-kedu, dah la sakit kena tampar, kena pelempang, tudung pon x dpt jugak,,,.......

SALAHKAH AKU ??? SALAHKAH AAAKKUUUUU.... OOooo Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk............

USAHLAH DITANYA MENGAPA

Usah ditanya mengapa ku pendam perasaan ini,
Aku hanya seorang makhluk selemah-lemah makhluk,
Sentiasa tercari-cari sinar kekuatan yg terpancar untukku,
Cuba membuka lembaran tersurat dan mengintai yg tersirat,
Sehingga aku mula jatuh rebah dek penasaranku sinaran itu,

Usah ditanya mengapa aku berdiam,
Tika hati mula membisikan kata-kata bagiku,
Anggotaku mula lemah longlai tak lagi berkuasa,
Hanya segumpal hati yg menggerakan setiap perlakuan,
Cuba menyusun langkahku mengikut kehendaknya,

Usah ditanya mengapa aku berdegil,
Saat kelembutan menjadi sanjungan diri tertinggi,
Diri mula alpa akan yang lebih berkuasa dalam hidupku,
Aku yang masih terkapai-kapai cuba menggapai huluran,
Tapi dek kerana diri aku mula mengorak mengundur diri,

Usah ditanya mengapa aku menangis,
Bila hati dan tubuh mula berkompromi memusuhiku,
Jiwaku mula meronta-ronta melepaskan ketakutan yang ada,
Tika ini akal ligat memikirkan kejadian-kejadian semalam,
Masih adakah bekal dalam genggaman,.....

Sabar....

Sabar... .....
Satu tindakan perasaan yg x dpt utk didefinasikan..
Ramai yg mudah  berkata "Sabar yer".. apabila org lain ditimpa masaalah..
Tapi apabila diri sendiri diuji dgn ujian yg amat dasyat.....
Masihkah lagi perkataan sabar itu dpt bertahan dlm diri....?
Ayuh.........
Kita membuahkan sabar dlm diri...
Meminjam peribahasa"Lain lubuk lain ikannya" disamakan dgn "Lain org lain ujiannya"..
Setiap ujian yg Allah beri berbeza-beza tertakluk kpd kemampuan hambanya...
Lupakah kita kpd Firmannya....
Allah tidak membebani seseorg hambanya..
Melainkan sesuai dgn kesanggupannya...
Ia mendapat pahala(dr kebajikan) yg diusahakannya
Dan ia mendapat siksa (dr kejahatan) yg dikerjakannya...
Mereka berdoa.....
"Ya Tuhan kami.....
 Jgnlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah...
 Ya Tuhan kami..
 Jgnlah Engkau bebankan kami dgn beban yg berat sebagaimana
 Engkau bebankan org2 yg sebelum kami...
 Ya Tuhan kami...
 Janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg x sanggup kami memikulnya...
 Beri maaflah kami... ampunilah kami...dan rahmatilah kami...
 Engkaulah penolong kami..maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir..."(surah Al-Baqarah ayat 286)
Lihat...Allah itu Maha Penyayang lg Maha Pengasih..
Dia tidak akan timpakan kita dgn sesuatu yg kita x mampu...
Dia jugak x akan jadikan sesuatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.......

Ahad, 10 Julai 2011

Insyallah

Andainya...
Kau rasa tak berupaya...
Hidup sendirian tanpa pembela...
Segalanya suram..
Bagai malam yang gelap..
Tiada bantuan..
Tiada tujuan..
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
InsyaAllah..InsyaAllah..
InsyaAllah..ada jalannya..2x
Andainya..
Kesalmu berulang lagi..
Bagai tiada ruang untuk kembali..
Tika keliru..
Atas kesilapan lalu..
Membelenggu hati dan fikiranmu..
Janganlah.. berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
InsyaAllah..InsyaAllah..
InsyaAllah..Ada jalannya..2x
Kembalilah.. Kepada yang Esa..
Yakin padanya..
Panjatkanlah doa..
Ooh ya Allah..
Pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar..3x
InsyaAllah..InsyaAllah..
InsyaAllah..Ada jalannya..4x

Bakat Baru

  • Bakat baru yg makin mencipta nama dalam dunia perfileman.......
  • Yg memegang gelaran .....
  • Shamsul a.k.a SKM (bkn sijil kemahiran melaysia) @ (shamsul yusuf) tp Serindik kepala merah 
  • Telah membuat launching dengan pihak media semalam melancarkan filem terbarunya melalui syarikat beliu iaitu Biobetoi kebabom  menerusi filem "Bersih Gengster"...
  • Filem tersebut yg telah mula ditayangkan di seluruh pawagam didunia semalam dijangka mengutip kutipan melebihi rm 20 bilion...
  • Beliau yakin filem ini akan mendapat sambutan yg menggalakan....
  • Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam berdekatan anda....
  • SAKSIKAN....... "Bersih Gangster"...

Hutang....


  • Gali lubang tutup lubang dapat wang bayar hutang... hahah tu la yang berlaku kepada kita pada setiap bulan..
  • Kerja bagai nak rak dari awal bulan hgga ujung bulan.. TAPI......
  • Dapat gaji x sampai seminggu dah habis dah... huhuhuhu......
  • Nak buat cam ner dah lumrah hidup dalam dunia sekarang ni, semua nyer berhutang...
  • Contoh... (kereta)
  • Nak beli cash x mampu..klu x beli nak jugak.. sebab ia jd 1 keperluan... habis tu nak wat cam ner.. maka berhutang la ngan Bank....
  • Byk lg contoh lain.. xkan aku nak tulis semua kot.. korang pikiaq sendri la..... korang pon ada dlm situasi ni jgk...
  • Bla dah byr utang abis duit gaji yg dpt bln ni.. dah x ckop plak nak cover blanjer harian nak menyampai kan ckop bln......
  • Pastu utang lak ngan kekawan.... utang lak ngan bos....  utang lak ngan mak, ayah, awek, dan lain2 lg huhu
  • Bla dpt gaji lg bln depan byr semua utang... and then ..... sendri mau ingat la..... make a new debt .... 
  • Byr blan dpn lak... begitu lah seterusnyer kitaran hidup kita sehingga kita tutup mata..... selagi nyawa  lom berpisah ngan bdn bgtu lah kehidupan kita..... 
  • Ni semua berlaku apabila kehandak melebihi keperluan.... saper blajar Ekonomi dlu tahu la...
  • Hahahah .... aku bkn nak mengata org lain.. aku pon dlm situasi yg samer gak... hahahahah 
  • Sebab tu la jugak manusia sanggup melakukan apa saja demi DUIT.........

  • Arios Amigos..........

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH.. OH BERSIH..

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun." 


Ahad, 3 Julai 2011

BOSAN......

BOSAN... tu lah perkataan yg slalu kita sebut bla dah xtau nak bua apa... buat itu xkena...buat ini pon x kena.. ble dikatakan semuanya serba xkena... bla dah bosan mula la nak buat apa pon jd malas...(BKN PEMALAS YER)...tp disebabkan bosan kita jd terlalu malas.. sampaikan nak bersembang pon jd malas.. bknnye apa tp xde idea nak bersembang.. walaupon pada hakikat nye kita ni seorg yg kuat berckp..... HAHAH YER KE????  dah la.. aku nak tulis apapon dah xtahu dah pasal masa aku menaip ni aku tgh bosan ..so idea x mari....haha  blah dlu la .. ..