Jumaat, 5 Ogos 2011

Khasiat buah kurma (part 3)

  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat didalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu, bagi ibu-ibu yang mempunyai masaalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
  • Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota badan yang lain serta otak.
  • Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah s.a.w menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud: "Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang, sekiranya tiada terdapat kurma maka Baginda Rasulullah s.a.w akan berbuka dengan beberapa biji anggur, sekiranya tiada anggur maka baginda akan berbuka dengan meminum beberapa teguk air".(hadis riwayat Ahmad)
  • Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata: "Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air, kerana sesungguhnya air itu pembersih".
  • Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma: Maksudnya: "Daripada Adiy bin Hatim ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Hindarilah api neraka walaupaun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma". Hadis ini menerangkan tentang kemuliaan buah kurma iaitu walaupun kita memberi sedekah sebelah buah kurma kita akan terhindar dari api neraka.
  • Jadi bagi orang2 yang mementingkan kesihatan mereka agar dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka.Khususnya diwaktu pagi sebelum memulakan tugas harian mereka.
  • khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
  • Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar dari berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah.......

Khasiat buah kurma (part 2)

  • Terdapat juga didalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Saydatuna Maryam ketika beliau mengandung nabi Isa a.s sebagaimana tersebut didalam surah Maryam ayat 25:
  • Tafsirnya: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak". (surah Maryam ayat 25)
  • Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
  • Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung didalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja, atau sudah ketinggalan zaman.Tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
  • Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Khasiat buah kurma (part 1)

  • Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dectylifera yang berbuah dan boleh dimakan samaada yang masak atau yang mentah.
  • Kebanyakan pokok kurma tumbuh dinegara2 arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.
  • Antara kurma yang terkenal adalah kurma mekah dan kurma madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
  • Dikalangan penduduk negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka.
  • Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W
  • Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya "Aku melihat Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan dengan kurma yang masak"
  • Rasulullah s.a.w telah menyebut khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar (Ajwah) dia akan terkawal dari kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
  • Khasiat kurma Ajwah merupakan satu kelebihan yang diberikan oleh Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

Rabu, 3 Ogos 2011

Buka Mata

Diuji manisnya senyuman
Terpamer rasa, menyubur harapan
Dan seketika terlontar kedunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena, dibuai lembut belaian cinta
Relaku pendamkan impian yang tersimpan, engganku keasyikan
Gusar keindahannya,merampas rasa cinta pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan kucuba menyinar pesona maya
Kerana tak upaya kuhadapinya andai murkaNya menghukum leka
Diatas nama cinta yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerana sesungguhnya hakikat cinta, hanya Dia yang Esa
Diatas nama cinta yang selayaknya, kunafikan fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan, agar disuluh redha
Seratkan hati ini dengan cinta yang hakiki
Sehingga ku rasai nikmatnya, syurganya, cintanya

Rahsia

kehidupan sangat luas, kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. kita menyokong dan membantunya.

Namun, kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi kita tidak tahu setiap perkara disebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah yang maha tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para Nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam Al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan neraka oleh Allah dan Rasulnya seperti iblis, syaitan, firaun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan Rasulnya tidak khabarkan kedudukannya kita tidak tahu, kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal, kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus, Urusan setiap insan dengan tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahui, mungkin dia telah dikifarah didunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula yang menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya, hanya Allah yang mengetahui dibalik tabir kehidupan............

Dosa Pahala

Hanya Allah dan Rasulnya yang berhak, kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas, Maka Nas Al-Quran dan sunnah menyatakan dia ahli neraka, itupun  hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah bersendirian sebelum menemui Allah.... kita tidak tahu...

Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka, namun kita tidak tahu, mungkin seseorang itu disamping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya disisi Allah, Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu, hanya Allah yang menentukan kedudukannya, Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.

Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.

Inilah yang berlaku dikalangan golongan khawarij yang me'neraka' seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me'neraka'kan orang  hanya kerana satu dosa yang dicanangkan oleh orang lain, Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan kedudukannya disisi Allah.

Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-imam al-bukhari, Rasullallah s.a.w mengajar kita hakikat ini,.
"Seorang lelaki bernama Abdullah digelar 'himar'(keldai), dia pernah menyebabkan Rasullallah ketawa, juga pernah Nabi s.a.w menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak, pada suatu hari dia ditangkap lagi, (sebab kesalahan maminum arak) maka baginda pun menghukum lalu dia disebat,. seorang lelaki berkata " ya Allah! laknatilah dia alangkah kerap dia ditangkap", Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia dia mencintai Allah dan Rasulnya",(riwayat al-bukhari).

Bagaimana mungkin orang yang meminum arak menyintai Allah dan Rasulnya? Tidakkah Rasullallah s.a.w sendiri bersabda:

"Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang dibawa kepadanya", (riwayat abu daud dan ibnu majah)

Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan Rasulnya,. maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya, namun tidak semestinya pelaku maksiat membenci islam, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.

Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan Rasulnya, sayangkan islam dan marah jika islam dan kaum muslimin dihina dan dianiaya, Ya.. Rasulallah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat denganya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan acara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti, setiap insan mempunyai latar dan setuasi yang berbeza...

Disebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya ikhlas atau riyak atau tujuannya tersembunyi, kita tidak tahu jiwanya bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik, dimana kesemua itu faktor yang mengheret seseorang ke neraka, Mungkin juga ada dosa atau kezalimanya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian,.

 Nabi s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat

Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? jawab mereka, "orang yang muflis dalam golongan kami ialah siapa yang tidak mempunyai dirham dan harta", sabda baginda: "orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dia juga pernah memaki seseorang , menuduh sesorang, makan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan keatasnya lantas dicampakkan dia kedalam neraka" (riwayat muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila dia habis bertahmid dan berzikir, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

Jangan Lebih Lajak dari Laju

Setiap insan ada kelemahan tersendiri, sedikit ataupun banyak, Dosa ada berbagai jenis kecil ataupun besar, setiap insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh kedalam daerah2 dosa, samada yang kecil ataupun besar, jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadangkala jantung hati dan perasaan seperti riyak, takabur, buruk sangka dan pelbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa,. Bak kata Nabi S.A.W
"Setiap anak Adam ada membuat salah, sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat",(riwayat at-tirmizi dan ibn majah).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan, Maka tampilah insan itu tampak bersih  dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah yang maha mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.

Sebab itu, insan bukan sahaja selalu disuruh beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala, orang ni berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk, orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah, sekadar itulah penilaian. Namun untuk menyatakan si fulan ini ahli neraka dan si fulan itu ahli syurga, Maka itu bukan urusan kita.....