Isnin, 11 Julai 2011

USAHLAH DITANYA MENGAPA

Usah ditanya mengapa ku pendam perasaan ini,
Aku hanya seorang makhluk selemah-lemah makhluk,
Sentiasa tercari-cari sinar kekuatan yg terpancar untukku,
Cuba membuka lembaran tersurat dan mengintai yg tersirat,
Sehingga aku mula jatuh rebah dek penasaranku sinaran itu,

Usah ditanya mengapa aku berdiam,
Tika hati mula membisikan kata-kata bagiku,
Anggotaku mula lemah longlai tak lagi berkuasa,
Hanya segumpal hati yg menggerakan setiap perlakuan,
Cuba menyusun langkahku mengikut kehendaknya,

Usah ditanya mengapa aku berdegil,
Saat kelembutan menjadi sanjungan diri tertinggi,
Diri mula alpa akan yang lebih berkuasa dalam hidupku,
Aku yang masih terkapai-kapai cuba menggapai huluran,
Tapi dek kerana diri aku mula mengorak mengundur diri,

Usah ditanya mengapa aku menangis,
Bila hati dan tubuh mula berkompromi memusuhiku,
Jiwaku mula meronta-ronta melepaskan ketakutan yang ada,
Tika ini akal ligat memikirkan kejadian-kejadian semalam,
Masih adakah bekal dalam genggaman,.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan